Monday, April 4, 2011

KITA,,,adakah saya dan kamu semua?????

Di dalam kita mengemudi bahtera kehidupan, kita akan menemui saat ketika kita "diperlukan" dan kita juga akan menempuhi dan menemui saat kita "memerlukan".
Sebagai seorang hamba di dalam jurusan yang banyak melibatkan pergaulan  dengan masyarakat, kehidupan sekeliling banyak mengetuk pintu hati yang selama ini mungkin terlepas pandang tentang perkara ini, dan tidak terusik dengan perasaan untuk berfikir dan akhirnya membuahkan zikir.
Walaupun masih muda untuk menulis dan mengupas sesuatu perkara,namun saya tidak melihat ianya menjadi kesalahan untuk saya memuntahkan pandangan bagi santapan kita semua. Apa yang saya ingin kupaskan mengenai perkataan "diperlukan" dan "memerlukan" ini ialah mengenai hakikat bahawa kita saling memerlukan,dan janganlah kita berasa sombong apabila kita berada di dalam status "diperlukan". Kerana satu hari kita juga akan menempuhi saat kita "memerlukan".
Sebagai contoh, apabila kita menjadi seorang perawat, ramai pesakit akan menunggu kita di luar, dengan penuh pengharapan. Pada saat itu, kita berada di dalam status "diperlukan masyarakat". Dan kita perlu ingat, satu hari nanti mungkin kita pula menjadi pesakit dan kita yang berada di ruang menunggu dengan penuh pengharapan.
Pada masa itu kita berada di dalam perasaan amat "memerlukan". Inilah hakikat kehidupan, adakala kita diperlukan dan bila masa kita diperlukan janganlah kita berasa sombong pada orang yang memerlukan kerana hakikatnya satu hari nanti kita juga akan merasa hidup penuh pengharapan dan memerlukan bantuan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah." (Riwayat Muslim)
Allahuakbar, peringatan dari pesuruh Allah ini akan benar-benar menggetarkan hati mereka-mereka yang hatinya hidup. Yakni hati yang bersedia mendengar dan menerima kebenaran. Sesungguhnya manusia diciptakan sama, yang membezakanya di sisi Allah adalah taqwa.

"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."

1 comment:

  1. lebih baik bertuhankan Allah Yang Satu,
    daripada bertuhankan nafsu yang ada macam-macam jenis.

    tapi hakikatnya,......perlukan mujahadah yang tinggi.
    kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...