Friday, March 18, 2011

Untukmu Muslimah


 
Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”

Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”

Nabi saw. menjawab,”Kami paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”
(Bukhari, Muslim, Tarjumanus Sunnah) 

 Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.(uswah rasool e akram)

Hazrat Hasan Basari ra. memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda,”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.”(mishkat)

Hazrat Abu Musa ra. Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,”mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya.(tirmizi, abu daud)

Hazrat Ibnu Mulaika ra memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Hazrat Aisyah bahawa seorang wanita sedang memakai sandal(kasut lelaki) maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian (abu daud) Adalah sunnah bagi wanita mengucap salam dan selamat antara satu sama lain dan berjabat tangan. Ini patut digalakkan.(tabrani, baihaqi)

3 comments:

  1. org cakap,wanita yg bertutup litup lebih menarik perhatian lelaki.

    mcm mana tu.

    ReplyDelete
  2. menarik pada pandangan lelaki dari sudut mane tu????

    umpamanya,,
    sekarang seorang Engineer pergi ke pantai...
    pandanganya mungkin memikirkan pantai tersebut tempat yang sesuai untuk mencari gali minyak...

    sekarang,,
    seorang doktor pula melihat pantai itu,,,
    pandangannya mungkin memikirkan pantai tersebut sesuai untuk rawatan pesakitnya,,,

    sekarang,,
    seorang peniaga juga pergi ke pantai tersebut,,
    mungkin yang terlintas padanya pantai itu sesuai untuk memberi ganjaran untuk mendapatkan garam,,

    ape pula kata seorang ayah jika pergi ke pantai tersebut????
    mungkin kata pantai itulah yang sesuai bagi keluarganya untuk bercuti pada hujung minggu,,,

    tapi bagaimana jika pantai itu telah dikotori???
    penuh dengan sampah sarap,,
    bau yang sangat busuk,,,,
    pemandangan yang sangat menyakitkan....

    adakah seorang engineer akn memikirkan untuk mencari gali minyak lagi???
    adakah seorang doktor akn memikirkan untuk merawat pesakinya lagi????
    adekah seorang peniaga akn memikirkan untuk mendapatkan garam di situ????
    adakah seorang ayah akn memikirakn untuk bersantai di situ lagi bersama keluarga????

    insyaAllah,,tidak jawapannya,,,
    kerana kemungkinan besar semua memikirkan cara untuk merawat pantai itu,,,,

    berbalik kepada topik kita,,,
    "wanita yg bertutup litup lebih menarik perhatian lelaki"
    pandangan seseorang selalu berbeza..Apa sahaja yng trlintas di hati mereka mengikut panduan hati mereka,,,
    (^^,)

    ReplyDelete
  3. =__^
    terima kasih penerangan yang panjang lebar,sahabatku.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...