Wednesday, June 20, 2012

Andai Rasulullah Melihat Aku Ber'Facebook'

Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya 'Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook'. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?  Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?

Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap "disebabkan kita friend dengan bermacam  umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U." Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian.Muslimah Dan Facebook.

Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?  Ok, begini ya anak-anak. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOO, Agak-agak kena puji atau kena tegur?  Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!


Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di  facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.  "Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!"  Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook.


 
The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..  Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?  Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.


  "Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau."  Betul ke ni?

 
Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,  "Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni."  "Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang."


Nampak?     Wahai saudara seangkatan segenderku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, "Eh,dia ni. Nampak je waro' tapi miang jugak." "Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?"  Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya.

 
Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.  Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.  "Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."  Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.  "Aku menunggumu kerana Allah."  Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta.


Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.  Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.

 
Ada jugak yang spesis 'aku like kau, kau like aku'. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di 'like'. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.


 


Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar maruah kita.  Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau'. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya, saya pun niqobi jugak :D )


 Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya? Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..  Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author. Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :')  Jom jadi pelik! Hidup GENERASI GHURABA'! 


 - Artikel iluvislam.com Biodata Penulis  Srikandi Asytari......From http://srikandiasytari.blogspot.com/ -

Monday, June 11, 2012

Kami_Satu Cinta




  
                                                         Istikarah untuk PerJuAngaN

Wednesday, May 16, 2012

Erti Syukur


Ye,,mungkin bagi kita anak muda islam di bumi malaysia,waktu ni lah untuk terus belajar sambil buka bisness bagi yang ingin mencuba cari rezeki lebih,,mungkin kita fikir sukarnye hidup ini....

Tak kurang juga yang selalu berfoya-foya.Seronok katanya duduk lepak,sembang kosong,tengok wayang, main game,facebooker,bowling,futsal,you tube,tak salah kan,,kan bgs jika sentiap perkara yang menari depan mata kita digunakan untuk berfikir degn mengunakan maat hati,Segalanya sangat menyeronokkan,,

Luangkanlah sejenak untuk suadaramu disana,adkah mereka sama dengan kita??jauh sekali kan???
ape yang mereka sibukkan???dan ape yang kita sibukkan???jauh sangat kan?

Thursday, May 5, 2011

Berkorban Demi Cinta



Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga...
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Tuesday, April 19, 2011

Maafkan kami Ya Rasulullah..

Uushiikum bis shalati

wa maa malakat aimanuku


"Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar, dan janganlah mereka yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah." -surah Ar Rum : 60- 


Umatku, umatku, umatku...


Rasulullah juga akan berkata pada hari akhirat nanti, walaupun kita jauh daripada baginda serta sunnah baginda. Lihat dimana kita berada, lihat gaya hidup kita sekarang. Adakah keadaan seperti ini yang baginda mahukan?



Aku melihat dunia hari ini, umat Islam ibarat digenggam belenggu orang kafir. Akhirat mereka luput, dunia pun tercicir. Budaya jahil diagung-agungkan. Melampau-lampau dalam hiburan, khayalan keterlaluan. Teruk, tidak tertaksir mereka yang karam.


Barus, Singkel, Pasai, Cordova, Andalusia, Baghdad, Istanbul..
Hilang, hilang ditelan zaman..
Kita lupa semua jawapan kehidupan yang mahir dihafal.


Mampukah kita nak jawab dihadapan Munkar dan Nakir nanti?


Setengah orang kata yang sejarah ini ibarat pentas bermain wayang. Cerita-cerita lampau dihurai dan dipanjangkan. Bila tamat, diulang dan diulang kembali. Itulah sejarah.


Dakwah ini bermula dengan seorang, disambung pula oleh para sahabat. Islam kemudian tersebar luas. Kerajaan Umaiyah, Kerajaan Abbasiyah, Kerajaan Turki Uhtmaniyah.


Ini sejarah kita...



Kisah bermula lebih 1400 tahun dahulu, di gua Hira'. Rasulullah S.A.W didatangi Malaikat Jibril. Malaikat Jibril berkata, 'bacalah.'

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu jualah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui."

( Surah Al A'laq : 1-5 )

Baginda dilantik menjadi Rasulullah (Utusan Allah). Bermulalah dakwah baginda menyeru manusia menyembah Allah yang Esa.



17 Ramadhan 624 Masihi
Peperangan Badar meletus.

Perang yang pertama dalam Islam. Umat Islam seramai 313 orang melawan 1000 tentera kafir Mekah. Kemenangan berpihak kepada umat Islam.



10 Ramadhan 631 Masihi
Pembukaan Semula Kota Mekah

Semuanya akibat musyirikin Mekah gagal mematuhi perjanjian Hudaibiyah. 360 berhala dimusnahkan. Latta dan Uzza turut hancur berkecai.

632 Masihi
Baginda wafat dan perjuangan diteruskan oleh para sahabat. Islam berkembang luas bertitik tolak daripada zaman Khulafa' Ar Rasyidin.

633 Masihi 
Dibawah pemerintahan Saidina Abu Bakar. Pengumpulan Al Quran dimulakan atas cadangan Saidina Umar.



638 Masihi
Pemerintahan Saidina Umar Al Khattab

Tentera Muslimin berjaya menawan Baitul Maqdis yang sebelumnya berada dibawah pemerintahan Empayar Byzantium.


661 Masihi
Kerajaan Islam bertukar corak pemerintahan kepada sistem monarki.

Kerajaan Bani Umaiyah telah diasaskan oleh Muawiyah bin Abi Sufian. Perkembangan Ilmu berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. 



Seni ukiran di masjid Umayyad Dasmsyik, Syria yang bercorakkan khat.

Di Tunisia, orang arab mereka sistem pengasingan air dan bendasing. Sistem yang mengaplikasikan fenomena tarikan graviti. Mereka juga membina sistem pengairan kincir air untuk tanaman mereka.


752 Masihi
Zaman Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah bermula..



763 Masihi
Penubuhan kota Baghdad.

786 Masihi
Masa yang dikenali sebagai zaman Keemasan Abbasiyah. 

Terutamanya pada masa pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid serta anaknya Khalifah Al Ma'mum. Pada ketika ini Baitul Hikmah didirikan. Baitul Hikmah mempunyai 36 buah perpustakaan dan lebih setengah juta buku berjilid. Memerlukan 120-400 ekor unta untuk memindahkan semua buku itu.

800 Masihi
Kaedah saintifik dicipta.

Al Khawarizmi mengasaskan Algebra dan ilmu falak bermula. Fibonacci dan Master Jacob tertarik dengan pemikiran beliau.

Buku Al Razi dan Al Asrar diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan kimia di barat.

Teori Al Kindi dalam bidang optik telah mempengaruhi seorang pakar mata barat Roger Bacon.

Buku Ibnu Sina, Qanun fi Tibb juga sangat berpengaruh di barat.

Pada zaman ini juga bilangan doktor amatlah ramai. Sehinggakan mereka yang mahu mengambil jurusan kedoktoran perlu ditapis.


Sementara itu di Andalusia...

756 Masihi
Kerajaan Bani Umaiyah Sepanyol telah diasaskan.

Cordova menjadi pusat Ilmu pada kurun ke 10 Masihi. Terdapat sebuah universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan seluruh dunia. Juga menjadi pusat ekonomi antarabangsa suatu ketika dahulu.


1000 Masihi
Masjid Cordova siap dibina.

Masjid yang menampilkan seni bina yang unik serta seni ukiran yang halus.



1238 Masihi
Istana Alhambra, Granada dibina.

Istana yang menjadi tempat kediaman kerajaan Nasrid. Di istana itu terukir kata-kata,

"Tiada penakhluk yang berkuasa melainkan Allah"

Semua ini sebagai peringatan bahawa kehebatan mereka hanyalah kecil berbanding Allah.

Ilmuan Baghdad dan Andalusia berjaya mengharmonikan tamadun tua Yunani dengan tamadun Islam. Hal ini membuka mata orang barat sehingga mereka mencetuskan satu zaman yang dikenali sebagai Reinassance.


1187 MASIHI



Baitul Maqdis ditawan semula oleh Salahuddin dan tenteranya. Di bawah pemerintahannya, umat Islam disatukan dari lembah Nil ke lembah Furat.

1192 Masihi


Eropah menghantar lagi satu angkatan tentera yang lebih besar tetapi juga kalah kepada tentera Muslimin.

Dalam perang salib ini, ketokohan Salahuddin Al Ayubi menyebabkan umat Islam patuh kepada arahannya. Orang Arab dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad. Salahuddin ternyata berjaya menyatukan mereka sehingga tiada yang memberontak sewaktu zaman pemerintahannya.


1453 MASIHI


Pada tahun ini Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menawan Kostantinople.Usaha menjatuhkan kota ini gagal dilakukan selama 800 tahun. Sehinggalah kemunculan raja ini yang pada ketika itu hanya berusia 24 tahun.

Baginda mengupah jurutera bangsa Hungary untuk mencipta meriam dan berjaya menembak peluru seberat 300kg sejauh satu batu. Bagindalah yang disebutkan dalam hadis nabi sebagai...

"Pemimpin sebaik-baik pemimpin yang mempunyai tentera sebaik-baik tentera."


Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,

"Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia bakal kembali asing, maka beruntunglah mereka yang asing."



Di Manakah Pengganti Umar Al Khattab hari ini?

Siapakah Pewaris Salahuddin al Ayubi hari ini?

Di Manakah Pemuda-Pemuda seperti Sultan Muhammad al Fateh zaman kini?

Mereka inilah pemuda-pemuda yang patut kita contohi..



 
Ni yang last saya post,,,Maafkan Silap dan Salah ye,,,Wsalam

Thursday, April 14, 2011

BERJALAN TANPA HENTI

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...